Ahad, 25 Oktober 2015

Doa di pagi hari

"Ya Allah, ya Tuhan kami, Tuhan yg Maha Agung, Tuhan yg menguasai langit dan bumi, Tuhan yg menguasai hari akhirat.
Ampunkanlah dosa kami, rahmatilah hidup kami, baikkanlah akhlak kami, berikanlah kami petunjuk, kurniakan kami rezeki yg halal, tutupkan keaiban kami, naikkan darjat kami, sesungguhnya kami amat berhajat kepada pemberian kebaikan yg Engkau kurniakan.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami iman yg teguh agar sentiasa bertakwa kepada-Mu.  Wahai Tuhan kami, sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat istiqamah mentaati segala perintah-Mu, sentiasa mensyukuri segala nikmat-Mu dan sejahterakanlah hidup kami di dunia dan di akhirat serta jauhi kami daripada azab siksa-Mu.
Ya Allah, perkenankanlah segala permohonan kami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...